Sunday, February 20, 2011

terSENTUH

Assalamualaikum


Selamat pg semua..mulakan hari dgn segala yg baik..pg nie aku g mengaji, rutin di jabatan aku mmg cam ni..cume aku je kdg2 g ngaji..kdg2 x gie pon..alasan nye ade kije (ade keje ke malas..hehehehe) aduhai..teruk kan aku nih...


Lepas ngaji ade bacaan hadith..kebetulan si pembaca hadith duduk di sebelah aku..die minta aku tolong tgk kan..tkt2 die bace tslah..tp alhamdullilah lancar bacaannya..mase kawan aku bace hadith aku..tiba-tiba aku terasa 'sayu' dan 'tersentuh'..menahan air mata dr jatuh ke pipi..aku pinjam buku hadith ni utk kongsi bersama-sama sahabat di alam maya ni..ni hadithnya..


Maksud hadith :

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah berfirman dalam hadith Qudsi yang bermaksud, "Tiada balasan bagi seseorang hambaku yang telah aku amil kembali kekasihnya di dunia, kemudia dia mengharapkan pahala daripadaku melainkan (orang itu mendapat balasan) syurga."

-riwayat Bukhari-


Pengajaran Hadith :

1. Di antara musibah yang menimpa manusia yang beriman dan dituntut bersabar ialah kehilangan orang yang disayangi. (teringat pada arwah 'siti hawa')


2. Orang kafir tidak akan mendapat sebarang ganjaran daripada amalan yang baik kerana dia tidak beriman kepada Allah dan tidak percaya adanya ganjaran.


3. Mengharapkan ganjaran pahala dan bersabar di atas musibah adalah tanda kesempurnaan iman seseorang, manakala marah dan gelisah di atas musibah menunjukkan kelemahan iman.


4. seseorang perlu bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibubapa, kerana ganjaran sabar disisi Allah ialah syurga.


5. Tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifar sabar menghadapi bala dunia.


(sumber: Terjemahan dan Huraian Riadhus Solihin Jilid 1 terbitan Jakim)


Moga info dan maklumat ini berguna utk anda semua..:) ilal liqo'

1 comment:

  1. btul tu su..
    moga sabar ni la yang bawa kita kepada jalan kebenaran..
    bukan senang nak didik diri dari sabar kan..kena byk ingat pada Allah.

    nikmat allah bagi tu lagi banyak dr dugaan yang kita terima..patutnya manusia lebih bersyukur kan..

    ReplyDelete